OMG pula disebut sebagai O-Em-Ji. Faham?

23.1.10

Woohoo! Rinduuu rinduuu! Rinduuu si bulat I! Whaha, korang ingat I rindu siapa? Rindu my father lah! I ingat dia balik hari ni. Rupanye, non adooo. Dia balik esok lah. Dah lah tak call rumah langsung. Semanis epal jek dia tinggalkan anak bini kat rumah berjoli kat Sabah tu. Ha, kan dah lepas senggugut I kat sini. HAHA XD

Dalam family I, I lah yang paling pendiam tau. Semua sakit hati I simpan dalam hati jek. Eh memang lah kan (?) Kena marah, diam. Kena ngumpat depan-depan, diam. Semua lah diam. Kecoh masa dengan geng kat sekolah jek. Kira split-personality lah gitu. Sebab tu lah I ada blog. Eh apakah? Bila semua orang tengah seronok bergelak ketawa, I sorang jek duduk sorang kat ceruk hujung buat revision. Pendiam, kan? Baik cakap ye sebelum I gigit! XD

Tapi dalam family, I lah yang paling sengal. Bila semua tengah diam jek, tetibe nanti I menjerit sekuat hati. Tak pun main baling-baling apa-apa barang yang ada kat tangan ni. Senang kata, I boleh jadi gila secara tetibe. Kang semua orang tengah normal, dah start lah I meroyan sorang-sorang. Biasanya I selalu buat tebiat geram bila nampak benda-benda comel. Padahal yang kat depan mata masa tu, kain baju nak kena lipat. HAHA WTF?! =.='

Kitorang ni satu family kira rapat on-off lah. Bila rapat, rapat lah. Kalau tak, semua buat kerja sendiri-sendiri. I lebih rapat dengan Mama. Tapi tu pun bila nak buat sesi curhat lah. Dengan adik-adik, tengok keadaan lah. Nak mintak tolong lah biasanya baru rapat. I tak rapat sangat dengan my father. Rapat bila nak mintak Abah belikan benda-benda mahal or nak mintak duit meronggeng kat bandar. Hehe :P

Biasanya bila family I berkumpul, I mesti takde. I ada hal tu lah, hal ni lah. Normal ah tu. Dah kira cukup lah satu family 4 orang tu. Tapi rapatnya kitorang tu, undescribable. Sampaikan kitorang ni selamba jek panggil Abah dengan nama dia dalam I/C tu. Tak pun 'Si Bulat' lah, 'Gemuk' lah, and so on. Cakap dengan Abah pun main aku kau jek. Eh jap, ni nape tetibe cerita pasal family ni? Rindu sangat ke?

Ha, apa pulak O-Em-Ji kali ni? OMG, Aril hot sangat pakai apron pink dalam Shuffle Milikku tadi! Hot hot heattttt! Suke suke! Satu kelas tahu I suke Aril, cewahh! HAHA Ada kena mengena ke? Entah, tanya lah classmates I XD

Ohh yup, takziah pada semua rakyat Johor. Sultan kita dah mangkat kan pukul 7 tadi? Act, I confused lah. Sana cakap lain, sini cakap lain. Tapi yang penting, esok tetap sekolah lah nampaknya. Esok, Kak Mis yang ambil report card I. Hmm... What to do, kan. Kak Mis pun jadi lah. Okay lah, till the next post! Nak layan youtube Aril. Daa!

p/s:Watch out for 'Kantoi' this Sunday, guys!

6 comments