Home-made videos by me

I miss you, abang ;'(

25.1.10


Dan perkara yang bernama cinta () bukan untuk dipermainkan. -Zaty

Recorded: Monday, 25th January, 2.04 pm.
Costumes: School uniform yaww!
Status: Kantoi kau, Bieha! :P

Kau memang sengal lah, Bie! Separuh mati aku ingat love letter tu Encik Awak yang bagi tau! Takpe, takpe. Ada ubi ada batas, aku tak suka makan ubi cicah sambal pedas. Eh apakah? Tunggu jek nanti. Ada lah pembalasan buat kau di kemudian hari. Akhir kata buat si Bieha gonjeng, 'I love you too, Sayang!' Wekk! :P

00:01 I said 'Dedicated to all playboys and playgirls out there.'
00:05 Ala ala Miley Cyrus ke Zee Avi? Crisis identity :P
00:12, 00:45 and 00:53 Tribute buat Nokia 7210 Supernova yang semakin nazak.
00:30 Apa kena mengena Damansara dengan gaya tersebut? :8
00:35 Whaha! Berdekah aku tengok gaya gonjeng aku sendiri.
00:43 Spontaneous on the time.
00:50 Buruk sungguh muka budak cakap 'Sorry, Sayang' ni kan. Memang tak reti memujuk pakwe sendiri di luar vid :P Tu yang kena tinggal ;'(
00:57 Tiru gaya Myra. Pun spontaneous jugak ;)
01:02 Oleh kerana ni kali yang ke-108 shoot, part 'Sudahlah, Sayang' dah tak agresif dah.
01:20 Macam suruh undi pulak. Ye, sila undi video ini dengan menaip 'ZATY COMEL GILA' ke 33333 sila belanja aku burger. Terima kasih :)
01:36, 01:39 and 01:42 I love my smile! Do you?
01:47 Kantoi tak berapa nak jadi :P
01:49 I said 'Kalau terasa nak pasang 2, 3 atau 5, baik jangan bercinta dengan manusia. Manusia ni ada hati dan perasaan, dan perkara yang bernama cinta () bukan untuk dipermainkan.'

Vid ni takde kena mengena dengan mana-mana manusia berjantina lelaki yang telah curang dengan aku tapi ditujukan khas buat si Bieha yang dah tipu aku hidup-hidup. Siot ah, kau! Ye, ye. Tau, tau. Memang lah dah janji nak publish semalam kan. Tapi hujung minggu telah dipenuhi dengan menyambut kepulangan Abah dari Sabah, membeli ayam dan sayur di pasar, masak breakfast di pagi hari dan makan ayam panggang. Semua perkara di atas adalah first time, harap maklum.

Kenapa semakin hitam? Salahkan Pakcik Pengetua sekolah aku yang terang-terang terpampang lencananya di atas tudung aku yang kini semakin popular dengan panggilan Cikgu Neo. Merentas desa telah menguji ketahanan kulit aku yang sememangnya sudah gelap. Haishh, tu yang dah tak upload pics kat any social networks lagi dah. *Sigh.

I miss you, abang (?) Ha'ah, rinduuu abang sangat-sangat! Abang Zimmi, contact lah dengan adek balik! Adek nak abang doakan kejayaan adek dalam PMR nanti. Tsk tsk ;'(

p/s:Korang boleh request nak I bawak lagu apa pulak lepas ni. You're mostly welcomed! ;)
'Maksud OMG' The Series

OMG pula disebut sebagai O-Em-Ji. Faham?

23.1.10
Woohoo! Rinduuu rinduuu! Rinduuu si bulat I! Whaha, korang ingat I rindu siapa? Rindu my father lah! I ingat dia balik hari ni. Rupanye, non adooo. Dia balik esok lah. Dah lah tak call rumah langsung. Semanis epal jek dia tinggalkan anak bini kat rumah berjoli kat Sabah tu. Ha, kan dah lepas senggugut I kat sini. HAHA XD

Dalam family I, I lah yang paling pendiam tau. Semua sakit hati I simpan dalam hati jek. Eh memang lah kan (?) Kena marah, diam. Kena ngumpat depan-depan, diam. Semua lah diam. Kecoh masa dengan geng kat sekolah jek. Kira split-personality lah gitu. Sebab tu lah I ada blog. Eh apakah? Bila semua orang tengah seronok bergelak ketawa, I sorang jek duduk sorang kat ceruk hujung buat revision. Pendiam, kan? Baik cakap ye sebelum I gigit! XD

Tapi dalam family, I lah yang paling sengal. Bila semua tengah diam jek, tetibe nanti I menjerit sekuat hati. Tak pun main baling-baling apa-apa barang yang ada kat tangan ni. Senang kata, I boleh jadi gila secara tetibe. Kang semua orang tengah normal, dah start lah I meroyan sorang-sorang. Biasanya I selalu buat tebiat geram bila nampak benda-benda comel. Padahal yang kat depan mata masa tu, kain baju nak kena lipat. HAHA WTF?! =.='

Kitorang ni satu family kira rapat on-off lah. Bila rapat, rapat lah. Kalau tak, semua buat kerja sendiri-sendiri. I lebih rapat dengan Mama. Tapi tu pun bila nak buat sesi curhat lah. Dengan adik-adik, tengok keadaan lah. Nak mintak tolong lah biasanya baru rapat. I tak rapat sangat dengan my father. Rapat bila nak mintak Abah belikan benda-benda mahal or nak mintak duit meronggeng kat bandar. Hehe :P

Biasanya bila family I berkumpul, I mesti takde. I ada hal tu lah, hal ni lah. Normal ah tu. Dah kira cukup lah satu family 4 orang tu. Tapi rapatnya kitorang tu, undescribable. Sampaikan kitorang ni selamba jek panggil Abah dengan nama dia dalam I/C tu. Tak pun 'Si Bulat' lah, 'Gemuk' lah, and so on. Cakap dengan Abah pun main aku kau jek. Eh jap, ni nape tetibe cerita pasal family ni? Rindu sangat ke?

Ha, apa pulak O-Em-Ji kali ni? OMG, Aril hot sangat pakai apron pink dalam Shuffle Milikku tadi! Hot hot heattttt! Suke suke! Satu kelas tahu I suke Aril, cewahh! HAHA Ada kena mengena ke? Entah, tanya lah classmates I XD

Ohh yup, takziah pada semua rakyat Johor. Sultan kita dah mangkat kan pukul 7 tadi? Act, I confused lah. Sana cakap lain, sini cakap lain. Tapi yang penting, esok tetap sekolah lah nampaknya. Esok, Kak Mis yang ambil report card I. Hmm... What to do, kan. Kak Mis pun jadi lah. Okay lah, till the next post! Nak layan youtube Aril. Daa!

p/s:Watch out for 'Kantoi' this Sunday, guys!
'Maksud OMG' The Series

OMG membawa maksud Omaigod. Faham?

17.1.10
Apa I sorang jek ke yang masih belum post apa-apa entry? OMG! Sekarang kau faham apa maksud title tu? Maka pukul 4 pagi kot ni, I menggigihkan diri onl sembunyi-sembunyi and tulis benda alah merapu ni. Saja nak ucap thanks a lot pada semua yang dah encourage untuk tetap blogging. Sis Ain, Sis Ween, Ilyaa, Ah Fatt and Sis Myza, ni entry untuk korang ;)

PMR dah nak dekat, terus rasa tersentuh bila dah nak tinggalkan Efisien. Next week dah tukar cikgu kelas. Kau rasa boleh ke kita survive dengan cikgu lain? Teacher Bee Bee, nanti kitorang rindu lahhhhh! Kalau dah manja sangat, ni lah jadinya. Tapi kenapa dah Form 3 baru nak tukar class teacher? Kalau macam ni, jadi ke plan nak visit Singapore tahun ni? Alaaaaa!

Kenapa cepat sangat dah post entry? Tak sempat pun nak rindu eh? Kebetulan I dah ada masa free ni. Kalau tak, sampai habis PMR baru ada entry baru. Minggu kedua sekolah dah rasa macam 2 bulan sekolah. Habis tu kalau dah 2 bulan sekolah, rasanya nanti macam mana? Semalam, siap dah habiskan senarai budak-budak kelas darjah 6 dulu. Nak buat reunion kot. Dah rinduuuuu!

Wishlist:Nak gitar, kardigan baru, jeans baru, t-shirt baru, tudung baru, shawl baru and pakwe baruuu! Lately, rasa meluap-luap jek dada bila nampak couple dating, nampak kawan kena ngorat, nampak kawan texting dengan pakwe, nampak Aril and Mila holding hands, nampak orang lain update blog pun jealous. Request blog baru pun boleh jugak tak? Jangannn! Eh, blog ni pandai menjerit macam tuannya jugak ke? *Garu kepala sambil usap dagu.

Soon, very soon, I will come out with another home-made video. Tak komen, siap korang. I gigit sampai tembus. Apa yang tembus tu? Ha, tu yang kita tak tau tu XD

p/s:Kalau esok I mati, korang masih nak visit blog ni lagi ke?